CIRI – CIRI KEUSAHAWANAN YANG BOLEH DICONTOHI

SOALAN 1 (A)

  1. A) Kesedaran Etika (Ethical Consciousness)

Haji Samuri bin Haji Juraimi

Haji Samuri bin Haji Juraimi dilahirkan pada 25 Julai 1944 di Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor . Tuan Haji Samuri adalah pemimpin Sate Kajang Samuri . Haji Samuri memulakan pengalaman beliau dalam perniagaan pada usia 13 tahun dengan bekerja dengan Haji Tasmin . Pada tahun 1965, beliau bekerja di Telekom Malaysia sambil beliau bekerja dengan Haji Tasmin . Selepas beberapa tahun beliau berhenti bekerja, beliau memulakan perniagaan sendiri dengan modal RM18,000 – RM30,000 dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha Sate Kajang . Haji Samuri memulakan perniagaan sate di Gerai No 5 Medan Sate Kajang yang diambilalih daripada majikan Cina yang menjual jus tebu.Sekarang,Tuan Haji bin Haji Juraimi adalah usahawan yang berjaya di Malaysia .

Haji Samuri bin Haji Juraimi adalah seorang usahawan yang mempunyai kesedaran etika yang telah menunjukkan tingkah laku etika beliau terhadap pelanggannya . Nilai ini telah dibuat Sate Kajang Haji Samuri sate paling terkenal di Malaysia . Haji Samuri menunjukkan tingkah laku yang beretika dengan menyediakan asrama pekerja untuk tinggal di . Beliau juga membuat beberapa penyelidikan tahu rasa pelanggan. Selain daripada itu , Haji Samuri juga sentiasa memastikan bekalan barangan yang tidak berkurangan. Tambahan pula , kualiti makanan menjual di Sate Kajang Haji Samuri sentiasa konsisten dan tidak pernah lebih rendah daripada biasa . Selain itu , Haji Samuri menerima cadangan dan komen dari pelanggan dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan perniagaan mereka . Akhir sekali , proses penyediaan makanan yang disediakan sangat memuaskan dan menjimatkan masa . Berdasarkan semua ini nilai-nilai , tidak ada keraguan bahawa Haji Samuri , pemilik Sate Kajang Haji Samuri , menggunakan nilai kesedaran etika untuk membuat kejayaan perniagaannya.

  1. B) Integriti dan Kebolehpercayaan (Integrity and Reliability)

FAIZA BAYUMI SAYED

Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri integriti dan kebolehpercayaan. Faiza Bawumi Sayed Ahmad mungkin bukan satu nama yang asing lagi pada kita semua. Beliau merupakan pengasas jenama Beras Faiza di bawah Syarikat Faiza Sendirian Berhad. Kisah kejayaan Hajah Faiza bukan mudah seperti yang disangka. Namun, perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan hampir lebih 43 tahun. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya, Tuan Haji Abu Bakar Ahmad. Berhijrah ke Malaysia pada usia muda dan tidak fasih berbahasa Melayu merupakan cabaran awal ketika beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Faiza Bayumi Sayed Ahmad telah menjalankan pelbagai perniagaan seperti mengambil upah menjahit sulaman, menjual pelbagai barangan dapur, menghasilkan set sarung bantal, berniaga set ensiklopedia, dan bisnes pinggan mangkuk. Beliau juga menhasilkan pelbagai rempah kari dan akhirnya membuka kedai runcit dengan modal menjual rempah kari. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras dan akhirnya beliau memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Disebabkan ciri keusahawanannya yang berintegriit dan kebolehpercayaan, syarikat beliau kini telah dikenali. Produknya berkualiti tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya. Usaha yang dilakukan beliau itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.

Kesimpulannya, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu haruslah menjalankan perniagaannya dengan jujur dan amanah agar perniagaan sentiasa berjalan lancar dan dapat menarik kepercayaan pelanggan terhadap produk yg diniaga. Kita bolehlah mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

C )Serba Boleh (Versatility)
ROBERT KUOK HOCK NIEN

Usahawan yang serba boleh (versatility) merupakan usahawan yang mampu serta boleh melakukan apa-apa sahaja bagi memajukan perniagaan mereka. Antara usahawan yang mempunyai ciri serba boleh ialan Robert Kuok Hock Nien.

Robert Kuok Hock Nien  merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia yang lahir  pada 6 Oktober 1923, di Johor BahruJohor. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut. Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok. Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepungpemakanan binatangminyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

Robert Kuok Hock Nien dicirikan sebagai usahawan yang serba boleh kerana beliau bukan sahaja terlibat dalam industri gula malah juga terlibat dalam pelbagai industri lain seperti industri pelancongan dan media.Sewaktu beliau mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas,  berada dalam keadaan  serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing. Tetapi beliau mengagakkan  ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat  kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak. Oleh disebabkan itu, beliau tetap berusaha untuk membangunkan industri pelancongan di China. Sehingga hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28 buah di negara China. Disamping itu, dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah, beliau mencadang melaburkan semua wang syarikat kedalam projek penapisan gula(sugar refinery). Ini kerana, selain tepung gandum, gula pasir juga amat penting dalan sektor makanan. Beliau berkata pasaran gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu. Pada masa itu industri  teknologi maklumat belum lagi bermula.  Oleh itu sektor yang paling mudah untuk  meraih keuntungan ialah sektor refining(penpisan) gula. Beliau juga berkata bagi mewujudkan empire perniagaan yang berjaya ia memerlukan kerja keras 90%, dan selebihnya ialah intelek(kebijaksanaan). Tentang kejayaannya dalam industri penapisan gula,  beliau berkata ini kerana beliau masih muda diwaktu itu dan boleh berbahasa Inggeris. Para peniaga yang beliau jumpai di London dan New York kagum atas pendirian beliau yang serba boleh, sebagai seorang berketurunan Cina, boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Selain itu setiap hari sebelum makan malam beliau perlu pergi  ke lima hingga  enam buah pejabat dengan pegawai pegawai  syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura. Beliau tidur kira kira jam 1 malam. Walaupun beliau bekerja hingga lewat malam, keesokan harinya beliau tidak akan tertidor di dalam pejabat, jadi ia lebih mudah untuk meneruskan kerja.

Kesimpulannya, ciri serba boleh yang terdapat dalam diri Robert Kuok Hock Nien seperti mampu menjalankan pelbagai industri, mampu berbahasa Inggeris di usia muda dan mampu bekerja hingga lewat malam ini menyebabkan beliau bejaya dalam perniagaannya dan menjadikan beliau sebagai usahawan yang Berjaya dan menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terkaya.

  1. D) Daya Usaha (Initiative)

DATUK LOH BOON SIEW

Usahawan yang berinisiatif adalah usahawan yang membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa, mempunyai sikap proaktif, giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya. Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi. Antara usahawan yang mempunyai ciri inisiatif ialah Datuk Loh Boon Siew.

Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga beliau sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.

Ketika berumur 18 tahun, sikap inisiatif atau daya usaha beliau mula lebih terpancar apabila beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, beliau kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, beliau berusaha dengan gigh untuk meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin dan beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.

Kesimpulanya, dengan sikap inisiatif serta daya usaha beliau yang bersungguh-sungguh, kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

  1. E) Mempunyai Pandangan Jauh (Foresight)

HARSUKHLAL MAGANLAL KAMDAR

Harsukhlal Maganlal Kamdar merupakan antara usahawan yg mempunyai pandangan jauh terhadap apa yang beliau lakukan. Sebelum itu, kita bercerita serba sedikit mengenai diri Harsukhlal Magandal Kamdar. HARSUKHLAL Maganlal Kamdar adalah Pengasas dan Pengarah Urusan pasar raya Kamdar. Harsukhlal juga adalah Presiden Persatuan Gujarati.Harsukhlal adalah usahawan yang dilahirkan di Gujerat. Beliau tiba di Malaysia pada tahun 1941 bagi menyertai ayah dan abangnya dari kampung halamannya di Rajkot, iaitu selepas menamatkan tingkatan lima pada usia 14 tahun. Pada masa itu, bapanya menghendaki beliau meneruskan pelajaran tetapi beliau ingin bekerja. Walaupun kurang mendapat pendidikan formal kerana belajar hanya setakat tingkatan lima, beliau banyak mendapat ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman kerja dan juga pengalamannya sebagai usahawan.

Harsukhlal Maganlal Kamdar merupakan seorang yang mempunyai pandangan yang jauh. Hal ini dapat dilihat pada dirinya yang menganggap bidang perniagaan berpotensi untuk berkembang di Pulau Pinang pada satu masa nanti setelah beliau meninjau Pulau Pinang dengan hanya mngayuh basikalnya sehinga 20 batu ke 30 batu. Buktinya, akhirnya beliau berjaya buka Kamdar di Pulau Pinang setelah menharungi pelbagai rintangan. Selepas itu, beliau meluaskan lagi perniagaannya dengan membuka di Kuala Lumpur. Kedai itu dibuka pada tahun 1973 di No. 431-433, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Namun, empat tahun selepas dibuka, iaitu pada tahun 1977, kedai itu ditutup dan lot rumah kedai yang kosong itu disewakan kepada orang lain. Harsukhlal kemudiannya membuat keputusan pergi sendiri ke Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan cuba memperbaiki keadaan. Pada tahun 1980, dengan sikapnya yang mempunyai pandangan jauh bahawa kamdar akan berjaya di Kuala Lumpur, akhirnya beliau berjaya membuka kedai di Jalan Chow Kit, iaitu pasar raya 6 tingkat di sebelah pasar raya Batu Road. Kemudian, sebuah lagi dibuka di sebelah Globe Silk Store.

Perniagaan Kamdar terus berkembang pesat dan beliau terus membuka cawangan kedai di bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan enam buah kedai di Kuala Lumpur, yang mana empat adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kamdar kini mempunyai 18 buah kedai dengan 1,000 orang pekerja. Harsukhlal juga bercadang mengembangkan lagi perniagaannya hingga ke Sabah dan Sarawak. Walaupun melalui banyak kemelesetan ekonomi, Kamdar masih kekal sebagai pasar raya tempatan yang berdaya saing. Pada hari ini, pasar raya Kamdar menawarkan pelbagai jenis tekstil dan fabrik pada harga yang berpatutan. Kamdar memperoleh kainnya daripada sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar negara seperti di India, Indonesia, Korea dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh terhadap perniagaan kita dan jangan pernah berputus asa dalam memajukan perniagaan. Ciri inilah yang membuatkan Harsukhlal Maganlal Kamdar berjaya dalam perniagaannya dan membuatkan nama Kamdar popular sehingga sekarang.

  1. F) Muktamad (Decisive)

Kejayaan yang dimiliki oleh Dato’ Aliff Syukri kini (pengasas kosmetik D’Herbs) bukanlah datang bergolek dalam sekelip mata. Di sebalik kejayaan yang diraihnya kini, terpalit seribu kepayahan yang dihadapi beliau dalam usaha mengukuhkan kedudukan syarikatnya iaitu D’Herbs Healthy Marketing dalam industri keusahawanan. Berasal dari keluarga yang susah dan pahit getir yang terpaksa dihadapi oleh usahawan muda ini sekaligus telah menanam ciri keusahawan pada diri beliau. Beliau muktamad dengan pendiriannya untuk bangun dan berusaha mengembangkan perniagaannya selangkah demi selangkah. Hasilnya, kini Dato Aliff Syukri amat dikenali di Malaysia dengan produk D’ Herbs nya dan tagline “Terlajak Laris”. Dato Aliff Syukri pada awalnya buntu untuk memulakan perniagaannya kerana sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk membuka kedai miliknya sendiri. Namun, prinsip muktamadnya mendorong beliau mencari apa jua jalan untuk beliau mengatasi sumber kewangan yang terhad itu. Oleh itu, pada awal perniagaanya Dato Syukri mensasarkan jualan produk kosmetiknya kepada rakan sepejabat. Kemudian, beliau mula membuka gerai di pasar tani, iaitu di Seksyen 13, Sri Andalas dah juga Kelana Jaya. Antara halangan yang Dato Aliff Syukri terpaksa hadapi demi mengembangkan perniagaannya adalah hinaan dari saudara maranya kerana taraf pendidikan yang hanya berpangkat SPM, pinjaman tidak diluluskan oleh pihak bank, kertas kerja ditolak mentah – mentah kerana kekurangan pengalaman. Kini, hasil berkat rezeki Ilahi dan prinsip muktamadnya telah membuahkan kejayaan yang sangat bermakna buat usahawan ini. Selain iklan D’Herbs sering ditayangkan dan dipertonton di televisyen, Dato Aliff Syukri juga sering menjadi tetamu jemputan siri televisyen seperti Wanita Hari Ini, dan juga mampu menjadi penaja rancangan Bintang Mencari Bintang. Kesimpulan, kejayaan yang diraihnya kini adalah hasil berkat ciri keusahawan yang diterapkan dalam dirinya dari dulu, iaitu muktamad dengan pendiriannya.

  1. G) Belajar dari Kesilapan (Ability to Learn From Mistakes)

Syarikat Air Asia Airlines (sebelum ditukar kepada Tune Air Sdn Bhd) merupakan salah satu daripada perkhidmatan penerbangan yang terkemuka di Malaysia. Antara pesaing terhampirnya adalah Malayan Airways, Malindo Air, MASkargo, MAS Berhad, Firefly dan banyak lagi. Walaupun kini Air Asia mampu meraih keuntungan sehingga berbilion ringgit Malaysia (RM1.3 bilion pada 2014), namun hakikatnya syarikat ini dikategorikan sebagai syarikat yang gagal pda awal hayat operasinya kerana dibebani hutang yang terlampau banyak. Mula beroperasi pada tahun 1996, syarikat ini kemudiannya diambil alih oleh Tony Fernandes, iaitu menerusi syarikatnya Tune Air Sdn Bhd. Kegagalan Air Asia untuk meraih keuntungan, malah dibebani hutang ini dijadikan cabaran dan tunjuk ajar oleh Tony Fernandes untuk mula merancang strategi perniagaan. Tony Fernandes mula memperkuat strategi untuk memperkukuh perniagaan syarikatnya iaitu Tune Air Sdn Bhd. Hasilnya dalam jangka masa sesingkat setahun, segala beban hutang yang dihadapi syarikat telah mampu dilangsaikan. Beliau berjaya mempromosikan syarikatnya sehingga dapat meraih keuntungan yang besar dan sekaligus mengemukakan nama syarikatnya sehingga menjadi pilihan pelanggan di antara perkhidmatan – perkhidmatan penerbangan di Malaysia yang lain. Menyedari bahawa kos menjadi antara faktor kepada kegagalan terdahulu syarikat Air Asia, Tony Fernandes mula memfokuskan kepada penurunan kos perniagaan. Contohnya, beliau mula membeli kapal terbang terpakai sebagai aset perniagaannya. Kemudian, beliau mula menggantikan kapal terbang terpakai ini dengan kapal terbang baharu setelah memperoleh keuntungan yang lebih banyak. Selain itu, Tony Fernandes juga sedar bahawa kos penggajian kakitangan yang tinggi juga merencatkan keuntungan syarikat. Oleh itu, beliau mula mencari idea untuk menurunkan kos penggajian. Hasilnya, beliau mampu menggaji kakitangan baru yang telah dipecat dari syarikat penerbangan yang lain (akibat perisitiwa serangan berani mati 11 September 2001) pada kos yang lebih rendah. Kesimpulannya, ternyata Tony Fernandes berjaya menjadikan kesilapan yang terdahulu untuk menjadi inspirasi beliau dalam mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap buat syarikatnya iaitu Tune Air Sdn Bhd.

Usahawan Mydin Mohamed

B)  ddf

 

aa

USAHAWAN : MYDIN MOHAMED BIN GHULAM HUSSEIN

SYARIKAT : MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD.

 

BIOGRAFI USAHAWAN

Nama Usahawan       : Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein

Jawatan                     : CEO MYDIN Mohamed Holdings Berhad

Keturunan                : India Muslim (Kathiawar di Gujarat, India)

Tempat/Tahun Lahir : 1928, Pulau Pinang

Umur                           : 87 tahun (setakat 2015)

Isteri                           : Rowshan Bhai (berkahwin pada 1949)

Bilangan Anak           : 7 orang (tiga perempuan dan empat lelaki)

 

PENGENALAN

Pasaraya Mydin bukanlah lagi suatu nama asing di Malaysia, malah syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. (MYDIN) ini telah pun dicalonkan dan memenangi pelbagai jenis anugerah dari tahun ke tahun. Antaranya, adalah Anugerah Industri Jualan Terbaik Bekalan Fama (PROSES), Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2007,CIO Recognition Awards 2006. Hampir 60 tahun ini, MYDIN telah melakar sejarah yang gemilang dalam industri keusahawanan. Hal ini kerana MYDIN mampu berkembang dari hanya kedai secara kecil- kecilan dan kini telah menjadi syarikat yang mampu meraih multi bilion RM. MYDIN pada mulanya diasaskan dan diusahakan sendiri oleh usahawan Malaysia yang bernama Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Idea penubuhan syarikat ini bermula daripada Encik Ghulam Hussein, iaitu bapa kepada Encik Mydin Mohamed. Bapa kepada Encik Ghulam Hussein, iaitu Encik Jamal merupakan imigran Muslim dari India. Encik Mydin berkahwin dengan isterinya yang merupakan gadis dari India pada tahun 1949. Setelah bertapak hampir 58 tahun di Malaysia, iaitu bermula dari tahun 1957, MYDIN kini mempunyai lebih daripada 90 cawangan di seluruh Malaysia. MYDIN merupakan antara perniagaan terbesar di Malaysia yang mengusahakan aktiviti peruncitan dan pemborongan.

MYDIN bermula dengan penubuhan kedai kecil-kecilan mereka pada tahun 1918 di Penang oleh Encik Ghulam Hussein. Namun, kedai mereka telah terlibat dengan kebakaran sewaktu Perang Dunia Kedua. Walaupun mereka kehilangan segala aset mereka, namun itu tidak mematahkan semangat kumpulan MYDIN untuk terus merancang strategi perniagaan mereka. Pada 1957, putera Encik Ghulam Hussein iaitu Encik Mydin Mohamed membuka kedai kecil berpapan mereka di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Kedai mereka dikenali dengan nama Syarikat Mydin Mohamed. Kedai ini dibuka dengan hasil penat lelah duit yang dikumpul sendiri oleh Encik Mydin Mohamed. Basikal dijadikan sebagai alat pengangkutan barang dan untuk kegunaan menghantar pesanan kepada pelanggannya yang berdekatan. Sekiranya belia menerima pesanan dari pelanggan di luar Bandar, beliau akan menghantar pesanan dengan menaiki bas. Setelah perniagaannya mula berkembang sedikit demi sedikit, beliau membuat keputusan untuk membeli sebuah van untuk memudahkannya menyampaikan pesanan dalam kuantiti yang lebih besar. Pada ketika itu, Syarikat Mydin Mohamed hanya menjual barang keperluan harian dan juga alat permainan. Berkat rezeki dan pertolongan keluarga, Syarikat Mydin Mohamed berjaya melebarkan perniagaan mereka ke Kuala Terengganu pada 1979. Kemudian, mereka juga memulakan outlet mereka di Lembah Klang di Jalan India pada 1989. Setelah itu, MYDIN semakin bertapak kukuh di Malaysia dan berkembang pesat dari semasa ke semasa. Antara rangkaian produk MYDIN termasuklah barang keperluan harian seperti makanan, peralatan elektrik,alat permainan, alat tulis, pinggan mangkuk,barang basah,keperluan muslim,makanan sejuk beku,makanan laut,produk kesihatan,hadiah,hiasan & gubahan dan pelbagai lagi. MYDIN kini diterajui oleh putera kedua Encik Mydin Mohamed, Dato’ Ameer Ali yang berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California. Beliau mula menyertai pengurusan MYDIN pada 1987 setelah hampir 6 tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank.

 

CIRI – CIRI KEUSAHAWANAN

Usahawan Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein mempunyai banyak ciri – ciri keusahawan pada diri beliau yang boleh dicontohi terutamanya oleh usahawan muda di Malaysia. Kesabaran dan semangat yang tinggi beliau amat memberi impak kepada kejayaan MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk bertapak di Malaysia selama hampir 58 tahun. Antara ciri – cirinya adalah :

 

  • Daya Usaha (Initiative)

Perkembangan pesat perniagaan yang diusahakan oleh Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein seperti pada masa ini mampu terhasil oleh kerana hasil daya usahanya yang seakan tiada tanda noktah. Contohnya, walaupun bermula dengan hanya modal yang kecil untuk menubuhkan kedai kecil berpapan di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan pada 1957. Namun, beliau tetap terus terdorong untuk merancang strategi dan memikirkan langkah dan usaha untuk belia mengembangkan perniagaanya. Daya usahanya yang tinggi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mengumpul modal dan menimba pengalaman baru dalam perniagaannya untuk memantapkan dirinya sebagai seorang usahawan. Hasilnya, pada 1979, Encik Mydin telah pun membuka cawangan baru yang berpusat di Kuala Terengganu. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membuka cawangan keduanya iaitu hampir 22 tahun, namun perniagaan ini terus bergerak maju dan sentiasa berkembang. Daya usaha Encik Mydin diteruskan lagi dengan penubuhan cawangan – cawangan baru MYDIN di Malaysia iaitu di kawasan Lembah Klang di Jalan India pada 1989. Hasil berkat daya usaha Encik Mydin, kini wujud lebih daripada 90 cawangan MYDIN di seluruh Malaysia termasuklah 50 cawangan di Selangor, 5 cawangan di Terengganu, 4 cawangan di Melaka, 3 cawangan di Kelantan, 1 cawangan di Putrajaya,8 cawangan di   Kuala Lumpur, 2 cawangan di Pahang, 3 cawangan di Pulau Pinang, 2 cawangan di Negeri Sembilan, 4 cawangan di Johor,4 cawangan di Perak, 1 cawangan di Kedah dan lain – lain. Daya usahanya juga tidak terhad kepada penubuhan cawangan cawangan baru, malah Encik Mydin juga sentiasa mencari peluang untuk menyertai aktiviti keusahawan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Contohnya, pada tahun 2011, MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. telah terlibat dengan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang turut disertai oleh Pasaraya Tesco dan Carrefour. Mydin berperanan untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada beberapa kedai runcit tradisi yang terpilih dalam program untuk ditransformasikan kepada kedai runcit moden. Selain dapat meluaskan sektor ekonomi negara, langkah ini juga dianggap sebagai daya usaha Encik Mydin untuk memperkukuhkan nama MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. di Malaysia. Contoh lain bagi daya usahawan Encik Mydin adalah untuk mengvariasikan model perniagaan di bawah syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. Bermula dengan perniagaan kecil, kini MYDIN turut mengusahakan 9 jenis perniagaan iaitu pasaraya,emporium, kedai runcit mini, kedai keperluan 24jam, pasar mini, pasaraya kompleks, pasaraya premium, dan restoran premium. Daya usaha ini turut tersemat dalam diri bapa usahawan ini sendiri, iaitu Encik Ghulan Hussein. Pada 1918, kedai kecil yang beliau tubuhkan telah pun dibakar semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun kehilangan segala harta, semangat beliau tidak pernah luntur untuk terus memegang gelaran sebagai seorang usahawan.

 

  • Mempunyai Pandangan Jauh (Foresight)

Mempunyai pandangan yang jauh dan pemikiran yang bersifat futuristik adalah antara faktor yang membolehkan Encik Mydin berjaya sebagai seorang usahawan. Walaupun bermula dengan wang hasil simpanan sendiri yang terhad, beliau mampu mengembangkan perniagaannya secara berperingkat – peringkat. Ini adalah kerana skop pemikirannya yang luas ke depan yang membolehkannya merancang strategi perniagaan dengan berkesan. Maka tidak hairanlah jika syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. mampu meraih jualan sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2012. Selain itu, ciri keusahawanan ini turut dipamerkan oleh Encik Mydin melalui penetapan harga ke atas barang yang dijual. MYDIN amat terkenal dengan harga barangannya yang murah berbanding harga pasaran, namun dalam masa yang sama kualiti barang juga turut diberi perhatian. Jadi, tidak hairanlah mengapa MYDIN amat terkenal dengan slogannya “Mengapa bayar lebih? Beli pada harga borong”. Faktor ini amat membantu dalam menarik kepuasan dan kesetiaan pelanggan terutamanya dari golongan individu dan isi rumah yang mahu berjimat cermat. Ini sekaligus memberikan nilai tambah kepada kumpulan MYDIN untuk menjadi pilihan pengguna dan mampu bersaing dengan pesaing terdekatnya seperti Pasaraya Econsave, Tesco, Carefour dan lain – lain. Antara contoh lain adalah hasil pandangan yang jauh Encik Mydin mampu menimbulkan idea untuk menvariasikan rangkaian produknya. Pada mulanya, Encik Mydin hanya menjual barang keperluan harian dan alatan permainan di kedai kecilnya. Beliau telah merancang strategi untuk mempelbagaikan jenis produk jualannya apabila perniagaan berkembang kelak. Antara rangkaian produk baharu ialah peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat tulis, aksesori, pakaian dan lain – lain. Ini membuktikan bahawa pemikiran Encik Mydin adalah sentiasa maju ke hadapan walaupun pada ketika itu beliau hanyamempunyai modal yang terhad. Ciri ini juga turut dipamerkan oleh putera kedua Encik Mydin, iaitu Datuk Ameer Ali. Usaha beliau untuk mencari dana bagi penubuhan cawangan Mydin di Subang Jaya amat sukar apabila kesemua bank menolak permohonan pinjamannya. Hal ini kerana projek ini dianggap amat berisiko kerana lokasi penubuhannya yang terletak hanya bersebelahan dengan pasaraya Giant yang juga turut menjadi pilihan pengguna. Namun kerana pemikiran Datuk Ameer yang yakin dengan perniagaannya dan ganjaran yang akan diterima pada masa akan datang kerana risiko yang diambilnya, beliau terus berazam untuk mendapatkan dana. Akhirnya permohonan pinjamannya diluluskan oleh Arab-Malaysian Bank Bhd. Hasilnya, terbukti bahawa jangkaan Datuk Ameer Ali tepat. Hanya dalam tempoh setahun cawangan Mydin di Subang Jaya terpaksa meluaskan kawasan parkir kereta kerana sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan.

 

3) Muktamad (Decisive)

Sikap muktamad/tegas ini turut ditampilkan pada perwatakan Encik Mydin sepanjang perjalanannya dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh, keputusannya yang muktamad untuk mengubah nasib diri dan keluarganya telah memberi impak yang cukup hebat kepada kejayaannya dalam industri perniagaan. Bermula dengan bekerja sebagai peniaga pasar malam, beliau mula mengumpul modal sebelum membuka kedainya yang pertama pada 1957. Pada ketika itu, beliau sedar bahawa nasibnya sebagai peniaga pasar malam sentiasa berbeza – beza dari segi keuntungan dan kerugian. Sejak dari itu, beliah berikrar untuk mula mengorak langkahnya sebagai seorang usahawan. Pendiriannya yang tegas dan muktamad itu mendorong beliau untuk mengatur strategi perniagaanya. Beliau mula mencari sumber untuk mendapatkan barang pada harga yang murah dan menjualnya semula kepada pengguna akhir juga pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Hasilnya, beliau mula mengimport barang daripada Thailand kerana harganya yang lebih murah dan menjual semula barang itu di Malaysia dengan harga yang lebih murang daripada pesaing. Kerana ketegasannya itulah yang membolehkan syarikatnya kini iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk berpegang teguh kepada slogan mereka iaitu “Mengapa bayar lebih? Beli pada harga borong”. Rata – rata pengguna memilih untuk mengunjungi dan menjadi pelanggan setia MYDIN kerana harga barangnya yang murah dan mempunyai kualiti yang baik. Ketegasan untuk meraih kejayaan yang ada pada diri Encik Mydin ini juga banyak melatih beliau untuk terus mengatur langkah dan tidak berputus asa. Contohnya, Encik Mydin mengambil masa selama 22 tahun untuk membuka kedainya yang kedua, iaitu di Lembah Klang yang terletak di Jalan India. Walaupun tempoh itu ternyata amat lama, namun sikap beliau yang muktamad untuk terus mencapai kejayaan membolehkan beliau untuk tidak menghentikan langkahnya sebagai usahawan dalam tempoh 22 tahun itu. Ketegasan beliau untuk terus berjuang dibuktikan lagi dengan penubuhan cawangan cawangan Mydin yang baru di sekitar Malaysia apabila beliau mula mempunyai modal yang lebih besar. Selain itu, ketegasan beliau tentang nilai berjimat cermat yang diamalkan olehnya dan keluarga turut menjadi faktor beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Walaupun beliau sudah memperolehi kekayaan hasil perniagaanya, beliau tetap tegas dengan sikap berjimat cermat dan juga sentiasa merendah diri. Putera dan puterinya sering diingatkan tentang amalan berjimat cermat dan peka akan kos hidup. Ketekadan beliau untuk berjaya juga memberi semangat kepada beliau untuk mempercukupkan ilmu perniagaannya terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaannya sendiri. Beliau mula bekerja dari bawah, iaitu di sebuah kedai runcit milik Mr. Peerbhai.

4) Kesedaran Beretika (Ethical Consciousness)

Walaupun Encik Mydin sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan keuntungan syarikat, namun beliau tidak lupa akan tanggungjawab sosial syarikatnya. Hal ini seiring dengan konsep perniagaannya iaitu eiring dengan konsep perniagaannya ‘daripada masyarakat untuk masyarakat.’ Beliau berpegang teguh dengan slogannya,iaitu untuk menjual barang pada harga borong. Penetapan harga ini amat bermakna buat pelanggannya terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Selain itu, syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. juga turut sama terlibat dalam penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M) dan telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menjadi operator/pengedar dalam projek ini. KR1M yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini (tahun 2011) berperanan sebagai medium yang mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli bagi barang keperluan. Antara sumbangan syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. adalah terlibat dalam aktiviti memasang peralatan kedai, bantuan IT untuk sistem jualan, teknik kemahiran dan penjualan, dan juga menyediakan latihan. Selain itu, MYDIN turut menjaga etikanya dalam perniagaan. Hal ini dapat dilihat pada kualiti produk jualan MYDIN. Walaupun dijual pada harga borong iaitu harga yang lebih murah berbanding pasaran, namun hal itu tidak menyekat kumpulan MYDIN untuk memantau tahap kualiti produk jualannya. Antara contoh lain nilai etika yang diamalkan oleh pentadbiran syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. adalah dengan mementingkan label dan status halal produk yang dijual di cawangan MYDIN. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada visi syarikat itu sendiri iaitu “untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi barangan dan perkhidmatan yang halal”. Ini menunjukkan bahawa kumpulan MYDIN prihatin dengan keutamaan penduduk di Malaysia yang didominasi oleh golongan Muslim sebanyak 61.3% (setakat 2010). Kumpulan MYDIN juga menitikberatkan kesedaran beretika dalam pengurusannya dengan menglibatkan kakitangan dalam aktiviti yang dapat menyumbang bakti kepada masyarakat. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dengan kerjasama MYDIN di Kubang Kerian telah pun menjayakan sebuah program kemanusiaan yang bertemakan ‘kembali ke sekolah’. Melalui program ini, pelajar yang terpilih akan diberi bantuan dari segi kelengkapan persekolahan khususnya bagi anak-anak yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di kawasan luar bandar. Menurut Utusan Malaysia, Presiden IAM iaitu Zawahir Abdullah sangat menghargai kerjasama MYDIN atas layanan istimewa yang diberikan. MYDIN juga pernah memberi sumbangan iaitu sebuah van dan kelengkapan pengurusan jenazah kepada masjid Kampung Surau Panjang. Terbaru, MYDIN turut terlibat untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir 2014 melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

5) Integriti dan Kebolehpercayaan (Integrity and Reliability)

Sikap berintegriti dan boleh dipercayai yang wujud dalam diri Encik Mydin turut dititkberatkan dalam pengurusan syarikatnya iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. Nilai kejujuran menjadi aspek penting dalam organisasi itu. Sebagai contoh, pernah berlaku penyelewengan wang jualan oleh supervisor di salah sebuah cawangan Mydin. Tindakan disiplin terpaksa diambil oleh kumpulan Mydin iaitu menamatkan perkhidmatan supervisor berkenaan kerana budaya organisasinya yang mementingkan kejujuran.

 

KESIMPULAN

Kejayaan Syarikat MYDIN Mohamed Holdings Bhd dalm industri keusahawanan ini pastinya tidak akan mampu diraih tanpa ciri keusahawanan yang jitu dalam diri Encik Mydin Mohamed sebagai CEO syarikat tersebut. Antara ciri – ciri keusahawanan tersebut adalah daya usaha, mempunyai pandangan jauh, muktamad dan integriti dan kebolehpercayaan. Usahawan muda kini seharusnya menjadikan kejayaan dan ketegasan Encik Mydin dalam meraih peluang dan menghadapi risiko dalam mengembangkan perniagaan. Walaupun dibatasi dengan modal yang terhad, namun kesabaran Encik Mydin membuatkan diri beliau kuat untuk terus bergerak ke hadapan dengan perniagaannya. Hasilnya, beliau mampu mengumpul modal dengan lebih banyak dan mampu menambah lebih banyak outlet perniagaannya dan membeli aset – asset perniagaan yang menelan belanja yang besar. Sikap keluarga MYDIN yang tidak mengambil jalan pintas untuk mencapai kejayaan patut dijadikan sebagai faktor motivasi untuk semua individu terutama golongan usahawan. Bagi keluarga MYDIN, pengalaman pahit manis yang mereka terima sepanjang menguruskan perniagaan itulah yang banyak mengajar mereka untuk terus kekal kukuh dalam industri ini. Hal ini sangat bersesuaian dengan kuotasi “The only source of knowledge is experience” oleh Albert Enstein.

 

RUJUKAN

1) https://dahalmi.wordpress.com/2012/03/25/pasaraya-mydin-pengasas-dan-sejarah/

2) MYDIN, The Untold Story, oleh Datin Dr. Hjh. Siti Hawa    Mohd.

3) Website MYDIN Holdings Bhd.

4) Website Kedai Rakyat 1 Malaysia.

5) http://bm.theantdaily.com/Terkini/Cerita-bangun-dan-jatuh-dan-bangun-semula-Mydin

6) http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mydin-gong-badak-mula-beroperasi-1.27640

7) http://oldbm.theantdaily.com/Bisnes-disasarkan/Cerita-bangun-dan-jatuh-dan-bangun-semula-Mydin

8) www.focusmalaysia.my

9) http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215&Itemid= 89&lang=bm

10) http://www.utusan.com.my/